BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Friday 30 October 2015

Misi Gempur Denggi ke SMK Merotai Besar, SMK. Abaka, SK. Merotai Besar & SK. Bombalai

29 Oktober 2015. Misi Gempur Denggi SK. Kukusan Tawau, Sabah telah mengadakan roadshow ke sekolah-sekolah luar bandar. Di antara sekolah yang dikumjungi adalah SMK. Merotai Besar, SMK. Abaka, SK. Merotai Besar dan SK (Kluster) Bombalai Tawau. Pemilihan sesetengah sekolah adalah disebabkan status kampung berhampiran yang dalam pemerhatian Jabatan Kesihatan kerana ancaman denggi.

(1)  Sekolah Menengah Kebangsaan Merotai Besar, Tawau. (30 km dari SK. Kukusan Tawau)

Di SMK Merotai Besar, Tawau. Sempat menemuramah En. Rabe Juhari (Pengetua) untuk mendengar pandangan beliau tentang Program Denggi Patrol dan peranan sekolah untuk mempastikan sekolah dan masyarakat sekitar bebas daripada ancaman denggi.

  Sebahagian daripada rombongan Misi Gempur Denggi SK. Kukusan bergambar bersama dengan pengetuanya untuk majlis penyerahan risalah Misi Gempur Denggi untuk diedarkan kepada para pelajar sekolah berkenaan sambil ahli skuad menunjukkan gelang Misi Gempur Denggi 

 


Pn. Hasmiyani (Penyelaras Program 'Patrol Dengue' SK Kukusan) sedang rancak memberi taklimat dan mempromosikan laman web rasmi 'Dengue Patrol Programme'  kepada guru dan pelajar tingkatan 6 SMK. Merotai Besar, Tawau.

Pelajar dan guru tingkatan 6 SMK. Merotai Besar tekun mendengar taklimat tentang denggi di samping mempromosikan laman web rasmi program 'Patrol Dengue' SK. Kukusan (http://www.killdenggi.blogspot.com)



Sesi temuramah dengan pelajar tingkatan 6 tentang kefahaman mereka berkaitan denggi dan peranan mereka mengatasi masalah denggi.


Sesi temuramah dengan pelajar tingkatan 6 untuk mendengar persepsi mereka tentang program 'Patrol Dengue' dan sumbangan yang mereka lakukan untuk menyedarkan komuniti tentang ancaman dan bahaya denggi.

(2) Sekolah Kebangsaan Merotai Besar Tawau (29 km dari SK. Kukusan Tawau)
 




Visi Gempur Denggi turut menjelajah ke SK. Merotai Besar untuk menyebarkan risalah dan berbual santai dengan guru-guru sekolah berkenaan dengan menjurus kepada meminta mereka menyebarkan mesej 'hapuskan aedes, tiadalah denggi'.









(3) Sekolah Kebangsaan Kluster (M) Bombalai, Tawau (18 km dari SK. Kukusan Tawau)


Visi diteruskan dengan menjelajah ke SK. Bombalai Tawau iaitu sekolah kluster.





Murid-murid begitu tekun mendengar dan bertanya berkaitan aedes dan denggi serta kesannya keatas kehidupan manusia.

Pn. Hasmiyani selaku penyelaras program 'Dengue Patrol' bersemangat memberikan taklimat dan pengetahuan tentang aedes dan denggi.



Penyampaian risalah Dengue Patrol Program kepada wakil SK. Kluster Bombalai Tawau dan simbolik kepada sokongan untuk misi hapuskan denggi SK. Kukusan Tawau.

(4) Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka, Tawau (17 km dari SK. Kukusan Tawau)

 
Rombongan  Visi Gempur Denggi sempat singgah dan memberikan taklimat ringkas tujuan kunjungan dengan para pentadbir di SMK. Abaka Tawau  di samping menyebarkan risalah 'Patrol Dengue' untuk diwawarkan kepada pelajar SMK. Abaka.



Majlis penyerahan risalah Misi Gempur Denggi kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk diedar kepada para pelajar SMK. Abaka, Tawau.



Post a Comment

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger