BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Saturday 3 October 2015

Denggi! Denggi! Awak Dimana!

      

Di antara tempat-tempat yang telah dikenal pasti sebagai tempat pembiakan utama adalah seperti berikut: tapak pembinaan seperti kereta sorong, tempat membasuh alat, tangki air, lubang-lubang pada tanah, tong-tong dram, bekas makanan dari jenis styreform, kasut getah, alat pembancuh simen, topi keselamatan, bekas makanan dan baldi air, bahan besi yang tidak digunakan, botol air, lubang cerucuk, pembahagi jalan, lantai bangunan, penutup kanvas, kren penyodok, tayar, tin-tin cat, dan saluran air. Sekolah seperti mangkuk tandas, tangki tandas, piring alas dan pasu bunga, leaf axils, tong sampah, perabot dan bekas-bekas yang dibuang, botol minuman, kotak hydrophonic plants, balkoni, kolah hiasan, tempat letak basikal, dan tangki air. Kilang-kilang atau industri seperti dram, tayar buruk, kereta buruk, dan bekas terbiar. Kemudahan kesihatan seperti bekas bunga, aviary (taman burung), talam pendingin hawa, talam bawah peti sejuk, palong air hujan, kotak plastik, piring alas pasu bunga, dan mangkuk tandas. Pejabat kerajaan atau swasta seperti bekas bunga, tangki tandas, talam pendingin hawa, akuarium, dan tempat letak bendera.

Kawasan perumahan seperti kolah mandi, tempayan, piring alas pasu bunga, talam bawah peti sejuk, pasu bunga, baldi plastik, dram dan perangkap semut. Kawasan kedai seperti saluran air hujan, baldi, pasu bunga, tayar, bekas-bekas terbiar, botol, tin, tempurung, pokok keladi, dan balkoni. Tempat permainan kanak-kanak seperti pelepah, daun-daun, bekas terbiar, alat-alat permainan kanak-kanak, paip-paip besi, terowong mainan, dan buaian tayar. Tempat perkuburan seperti pasu bunga, tin-tin, lubang batu nisan, dan bekas makanan. Aedes dapat dihapuskan sama sekali sekiranya semua tempat-tempat dan perkara-perkara yang menjadi tempat pembiakannya dapat dimusnahkan. Cara pencegahannya: gunakan aerosol sewaktu tidur, tidur dalam kelambu, gunakan ubat pembunuh jentik-jentik (abate) setiap tiga bulan, tutup semua bekas menyimpan.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger