BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Tuesday 13 October 2015

Terima kasih Daun Keladi


Para pegawai daripada Jabatan Kesihatan Tawau mengunjungi Guru Besar SK. Kukusan Tawau, En. Abdul Mustapa Massa untuk membincangkan langkah-langkah proaktif bagi membanteras ancaman denggi kepada warga sekolah, ibu bapa  dan masyarakat sekitar. 

Kehadiran dan kesediaan menawarkan khidmat bantu sangat dialu-alukan kerana langkah sekolah bagi mempastikan ancaman denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes akan lebih berkesan melalui kepakaran dari pegawai Jabatan Kesihatan Malaysia Tawau. Pihak Jabatan Kesihatan berbangga dengan langkah proaktif pihak sekolah melaksanakan Program 'Dengue Patrol' kerana hal ini akan memudahkan penyebaran maklumat tentang nyamuk aedes dan penyakit demam denggi kepada masyarakat dengan lebih meluas. Kerjasama ini adalah menyahut seruan kerajaan melaksanakan NBOS yang dilaungkan-laungkan oleh kerajaan dan meluaskan peranan sekolah sebagai pemberi maklumat selain berperanan melaksanakan perkara asas iaitu mendidik dan menanam nilai-nilai murni kepada para pelajar.

1 comment :

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger