BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Friday 16 October 2015

Kolaborasi RTM, RAMD dan SK Kukusan cegah DENGGI

 
Media merupakan medium paling berkesan menyebarkan maklumat tentang nyamuk AEDES dan bahaya demam DENGGI yang dibawanya. Menyedari hal tersebut, Pn. Sabturia Isdup iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SK Kukusan mewakili sekolah telah menyerahkan risalah tentang AEDES dan penyakit demam DENGGI kepada warga RTM Tawau. 

Pada masa yang sama, pihak RTM akan membantu sekolah untuk menyebar luaskan lagi kempen membanteras DENGGI bukan sahaja dalam kalangan kakitangan RTM malah kepada seluruh masyarakat di Tawau melalui saluran radio. Tindakan ini membolehkan 'Dengue Patrol' Program yang dilaksanakan oleh SK Kukusan Tawau memberikan impak yang lebih besar kepada lingkungan masyarakat.

Sementara itu, kerjasama daripada Rejimen Askar Melayu Diraja turut dilaksanakan untuk mengajak pasukan berkenaan bersama-sama menyebarluaskan program 'Dengue Patrol' dalam kalangan anggota warga RAMD. Kerjasama yang diberikan oleh warga RAMD telah menaikkan semangat warga SK Kukusan untuk berjuang di 'medan' memerangi AEDES dan sekaligus mencegah penularan penyakit demam denggi. 

Post a Comment

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger