BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

From our Blog

Showing posts with label Dengue Patrol With Community. Show all posts
Showing posts with label Dengue Patrol With Community. Show all posts

Tuesday, 10 November 2015

Gempur denggi di Kampung Icebox Tawau.

24 Oktober 2015.  Skuad Gempur Denggi Sk. Kukusan telah melakukan aktiviti Jelajah Membanteras Denggi. Kali ini, skuad telah memilih Kampung Icebox yang merupakan kampung di atas air yang merupakan salah satu kampung yang tersenarai sebagai kawasan hot spot denggi. Skuad telah memilih laluan masuk utama kampung berkenaan untuk mempastikan risalah tentang maklumat denggi dapat dicapai seramai mungkin oleh penduduk kampung berkenaan. Di samping mengedarkan risalah, skuad juga telah membahagi-bahagikan bekalan racun semburan nyamuk dan mendapatkan tanda tangan sokongan daripada penduduk kampung terbabit. Aktiviti ini telah mendapat kerjasama dan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung berkenaan. Syabas dan tahniah Skuad Gempur Denggi SK. Kukusan Tawau, Sabah.



Sokongan orang ramai mencurah-curah untuk sama-sama menanam tekad menghapuskan gejala denggi di kampong mereka.

 Walaupun panas terik, skuad gempur denggi terus mara demi kebaikan bersama

 Ambil peluang berehat sementara kerja terus berjalan.

Di antara penduduk kampong yang mendapat sumbangan semburan racun nyamuk.

 Penduduk kampung dengan sukarela menandatangani tanda sokongan untuk sama-sama menggempur aedes dan mencegah denggi.


 Seronok rasanya jika misi berjaya dilaksanakan.


Skuad gempur denggi SK. Kukusan boleh!!!

Jelajah Cegah Denggi di Pasar Besar Tawau

24 Oktober 2015. Skuad Misi Gempur Denggi SK. Kukusan bersama beberapa orang kakitangan Jabatan Kesihatan meneruskan jelajah kesedaran tentang denggi ke Pasar Besar Tawau.Objektif aktiviti:

1. Mengedar risalah misi gempur Denggi
2. Menyedarkan masyarakat tentang bahaya nyamuk Aedes
3. Memperkenalkan misi sekolah untuk membanteras nyamuk Aedes
4. Memberi sumbangan racun serangga kepada pengunjung Pasar Besar Tawau dan Peniaga.

Terima kasih kepada Syarikat Harrison yang telah menaja racun semburan dan lingkaran nyamuk seterusnya membolehkan skuad gempur denggi SK. Kukusan di bawah naungan program 'Dengue Patrol' menghulurkan pula kepada orang ramai. Pendekatan 'National Blue Ocean Strategies' (NBOS) ini diharap berterusan pada masa akan datang.
Anda gembira skuad bahagia.

Orang ramai menunjukkan tanda sokongan dan berazam membanteras denggi dengan menurunkan tandatangan secara sukarela.

Di antara pengunjung yang sempat di temu bual untuk mendapatkan respon tentang peranan masyarakat dalam membanteras wabak denggi.


Skuad bersemangat dan bangga bersama kain rentang untuk mengajak orang ramai menyokong menghapuskan gejala denggi.

 Di antara mereka yang menerima sumbangan racun penyembur nyamuk.

 Terima kasih kerana sokongan anda.

 Lagi mereka yang menerima sumbangan racun penyembur nyamuk.

 Sambil mendapat sumbangan, risalah tentang denggi turut diedarkan.


 Di antara penerima yang gembira dan ceria menerima sumbangan daripada skuad gempur denggi.

 Semoga ilmu daripada risalah tentang denggi akan dimanfaatkan kepada diri sendiri dan orang lain.


Misi berjaya, skuad gempur denggi gembira bergambar bersama kain rentang kempen 
hapuskan denggi.


Stok bekalan akan diedarkan lagi kepada sasaran berikutnya.

Friday, 6 November 2015

JNJK Tawau Bersama Warga SK. Kukusan Memerangi Denggi.

26 Oktober 2015. Memerangi aedes dan sekaligus membanteras denggi bukanlah perjuangan individu. Kerjasama dan sokongan warga JNJK dan sekaligus menjadi ejen mewawarkan kempen ini kepada setiap sekolah yang dikunjungi akan menjadi wahana penting kepada kejayaan program 'Patrol Dengue'. Semoga kempen ini tersebar lebih luas.  Terima kasih kepada En. Junaidi (Ketua JNJK Tawau) dan warganya atas sokongan dan kerjasama yang sangat positif.

Pn. Hasmiyani Emma (Penyelaras program) menyerahkan risalah Misi Gempur Denggi kepada En. Junaidi (Ketua JNJK Tawau) sebagai simbol sokongan kepada SK. Kukusan dalam misi mereka.
 
Terima kasih Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti atas sokongan ke atas Misi Gempur Denggi SK. Kukusan Tawau.

Pihak JNJK mencadang dan menyatakan peranan yang mereka boleh lakukan bagi menjayakan Misi Gempur Denggi yang dipelopori oleh SK. Kukusan Tawau.

Gambar kenangan skuad Misi Gempur Denggi bersama-sama dengan pegawai-pegawai JNJK Tawau.

Skuad bersemangat untuk meneruskan sehingga akhir misi mereka sambil menunjukkan gelang getah simbol Misi Gempur Denggi.


Gotong Royong Dalam Perkarangan Flat Kakitangan Awam.

25 Oktober 2015. Bagi mengubah kefahaman masyarakat terhadap menjaga kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, warga SK. Kukusan Tawau melalui skuad Misi Gempur Denggi di bawah Program Patrol Dengue perlu menunjukkan komitmen terlebih dahulu. Menyahut seruan tersebut, skuad denggi telah turun padang bersama-sama penduduk flat perumahan kakitangan awam di Jalan Hot Spring. Di akhir aktiviti berkenaan bahan semburan racun nyamuk turut disumbangkan kepada penduduk flat berkenaan. Aktiviti diharapkan dapat menumbuhkan benih suka dan minat berbakti kepada masyarakat dalam kalangan skuad Misi Gempur Denggi yang masih muda ini. Syabas dan tahniah skuad Misi Gempur Denggi.
















Saturday, 31 October 2015

Kunjungan Kempen 'Dengue Patrol ke Jabatan Penerangan

26 Oktober 2015. Roadshow Misi Gempur Denggi diteruskan. Kali ini skuad telah berkunjung ke Jabatan Penerangan untukmengedarkan risalah Misi Gempur Denggi kepada kakitangan di pejabat berkenaa, Dalam pertemuan berkenaan,skuad telah sempat menemuramah En. Allen, pegawai di jabatan berkenaan untuk mendapatkan nasihat beliau tentang saluran yang efisien untuk menyebarkan mesej tentan aedes dan denggi.

Penyerahan risalah Misi Gempur Denggi untuk diedarkan kepada kakitangan jabatan.









 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger