BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

  • Dengue Treatment

  • Dengue Introduction

  • Symptoms of Dengue fever

  • Dengue fever prevention guide

  • Dengue fact

    Saturday, 3 October 2015

    Mudahnya Bunuh Denggi

    Fakta Mengenai Nyamuk Aedes dan Denggi
    nyamuk-Aedes
    • Terdapat dua jenis nyamuk Aedes: Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Pembawa Denggi yang utama di Malaysia ialah Aedes aegypti.
    • Nyamuk Aedes ialah binatang pembunuh manusia nombor satu.
    • Virus Denggi datang dari manusia, nyamuk Aedes cuma pembawanya.
    • Nyamuk Aedes mampu menjangkitkan Denggi (kepada orang sihat) selepas tujuh hari ia mengigit (mendapat virus dari) pesakit Denggi.
    • Simtom Denggi mula wujud 3-7 hari selepas gigitan.
    • Nyamuk yang menghisap darah ialah yang betina sahaja. Nyamuk jantan hisap madu :)
    • Cuaca panas membuat nyamuk Aedes cepat dewasa (dari 10 hari kepada 5 hari) dan membuat lebih banyak nyamuk betina di lahirkan.
    • Nyamuk boleh mengesan dan tertarik kepada karbon dioksida.
    • Nyamuk Aedes sukakan warna gelap. Oleh itu pakai pakaian berwarna cerah untuk elakkan gigitan Aedes.
    • Terdapat empat jenis virus Denggi (DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4).
    • 50-100 juta kes jangkitan Denggi baharu berlaku setiap tahun di seluruh dunia. 500,000 daripadanya adalah kes Denggi berdarah.

    Ciri-ciri Nyamuk Aedes


    • Berbelang hitam putih pada badan dan kakinya.
    • Menggigit di waktu awal pagi dan senja.
    • Membiak di dalam air jernih yang bertakung di dalam dan luar rumah.
    • Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa mengambil masa lebih kurang 1 minggu.
    • Telurnya boleh hidup tanpa air sehingga 9 bulan.
    • Hanya memerlukan satu sudu teh takungan air untuk membiak.
    • Jangkahayat seekor nyamuk Aedes betina ialah lebihkurang 1 bulan.
    • Setiap kali bertelur, ia akan mengeluarkan 60 hingga 100 biji telur, dan sepanjang hayatnya ia mengeluarkan 1000 biji telur.
    • Virus Denggi dalam ibu nyamuk Aedes akan diwarisi oleh anak-anaknya sehingga tujuh generasi!
    Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

    Di Dalam Rumah:

    • Bekas jambangan bunga (vase)
    • Kolah mandi
    • Dulang perangkap air peti sejuk
    • Tangki simpanan air
    • Lain-lain bekas menyimpan air
    • Tangki pam tandas

    Di Luar Rumah:

    • Tayar buruk
    • Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
    • Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
    • Palong hujan (roof gutter)
    • Tempurung kelapa, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi

    Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

    Tiada vaksin untuk mencegah Denggi. Satu-satunya cara untuk mencegah Denggi ialah dengan menghalang pembiakan Aedes. Berikut adalah kaedah-kaedah mencegah pembiakan dan menghapuskan Aedes. Tiada Aedes Tiada Denggi.

    • Pastikan semua bekas yang boleh menakung air dibuang dengan betul.
    • Tutup rapat semua bekas menyimpan air, atau masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (Abate) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau tukar air dan sental bekas menyimpan air sehingga bersih, seminggu sekali.
    • Tukar air dan bersihkan bekas bunga setiap minggu.
    • Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.
    • Periksa palong hujan (roof gutter) seminggu sekali dan pastikan air tidak bertakung.
    • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol).
    • Tutup saluran overflow tangki pam tandas.

    Post a Comment

     
    Copyright © 2013 .
    Share on . Powered byBlogger