BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Sunday 25 October 2015

Perluasan Liputan Program 'Patrol Dengue' ke Sandakan

Pada 25 Oktober 2015. Murid-murid tahun 6 tidak mahu melepaskan peluang memperkembangkan Program 'Patrol Dengue' di Daerah Sandakan, Sabah (300 km dari SK. Kukusan Tawau). Program lawatan sambil belajar digunakan sepenuhnya untuk mempromosikan Program 'Patrol Dengue' di kawasan bandar dan restoran sekitar bandar raya Sandakan termasuk kawasan pelancongan terkenal pemuliharaan orang utan. Guru pengiring dan para pelajar mempunyai keazaman sangat tinggi untuk mempastikan mesej 'tiada aedes tiada denggi' mencakupi komuniti masyarakat yang luas iaitu tidak semata-mata dalam daerah Tawau. Syabas!!!

Sedang mempromosikan 'Dengue Patrol Programme' kepada pelanggan restoran di bandar raya Sandakan, Sabah.



 Salah seorang pengunjung Taman pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Sandakan sedang menerima risalah Misi Gempur Denggi daripada guru pengiring.


 Berehat, bersantai dan merancang untuk menyebarluaskan Misi Gempur Denggi.

 Misi penting ini perlu diteruskan walaupun terpaksa meredah senja.

 Di antara pelancong yang sempat ditemui untuk disebarkan risalah tentang denggi.



Pelancong daripada luar negara turut tidak terlepas daripada promosi Gempur Denggi.

Misi berjaya, bersedia untuk kembali ke Tawau. Walaupun letih namun kepuasan tergambar di wajah rombongan yang telah melaksanakan dua agenda sekaligus iaitu lawatan sambil mempromosi Misi Gempur Denggi SK. Kukusan Tawau.

1 comment :

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger