BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Saturday 7 November 2015

Penyerahan bantuan racun lingkaran dan semburan nyamuk

24. Oktober 2015. Syarikat Harrison Sdn, Bhd. telah menyumbang sebanyak 500 racun semburan nyamukdan lingkaran racun nyamuk kepada Misi Gempur Denggi SK. Kukusan Tawau. Sumbangan yang diberikan telah diagih-agihkan kepada beberapa buah tempat antaranya di Pasar Besar Tawau, Kampung yang berisiko untuk aedes iaitu kampung Bahagia dan Kampung Icebox. Sumbangan turut diagih kepada pengunjung kompleks membeli belah Eastern Plaza dan kumpulan isi rumah yang terpilih. Aktiviti yang dilaksanakan membuktikan bahawa sesuatu aktiviti yang dijalankan secara berkolaborasi lebih efisien dan memberikan situasi menang - menang. Terima kasih kepada Syarikat Harrisons.
 
Skuad gempur denggi sedang sibuk mengurus pengagihan racun nyamuk berdasarkan lokasi yangbakal dilawati. Terima kasi kepada Syarikat Harrison yang menjadi penaja.

 Bergerak ke lokasi untuk pengagihan racun nyamuk kepada penduduk kampung terpilih.


 Misi pengagihan racun nyamuk diteruskan setelah mengira stok bekalan yang masih ada.

Pengunjung pasar besar Tawau gembira mendapat sumbangan racun nyamuk daripada skuad gempur denggi.

 Orang memberi kita merasa. Rezeki jangan ditolak. Pengunjung mengucapkan terima kasih kepada skuad gempur denggi yang sudi menghulurkan sumbangan racun nyamuk.

 Guru pengiring yang sibuk tetapi tetap ceria dalam usaha murni membekalkan racun nyamuk kepada penduduk dalam lokasi sasaran.


 Di antara wajah-wajah pengunjung pusat membeli belah yang ceria mendapat sumbangan lingkaran racun nyamuk.

 Skuad gempur denggi sedang sibuk membuka kotak tambahan lantaran sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pengunjung Kompleks Eastern Plaza di Tawau.

 Yes!!! Skuad gempur denggi SK. Kukusan boleh.!!!

Aksi ceria anggota skuad. Sempat berhibur meskipun letih mengagihkan racun nyamuk kepada penduduk kampung yang disasarkan.

Remaja yang sempat beraksi sambil menunjukkan sumbangan lingkaran racun nyamuk yang telah disumbangkan oleh skuad gempur denggi.

Sumbangan, sumbangan juga, tetapi risalah kena baca juga bang. Semoga akan bertambahlah ilmu berkaitan dengan aedes dan penyakit demam denggi yang berbahaya  itu.

1 comment :

  1. Denggi amat merbahaya... Marilah kita sama2 membanterasnya...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger