BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

From our Blog

Showing posts with label Dengue Patrol In School. Show all posts
Showing posts with label Dengue Patrol In School. Show all posts

Friday, 13 November 2015

Majlis Perasmian & Penutupan 'Dengue Patrol Programme' oleh Timb. Menteri Pembangunan Sumber Teknologi Maklumat

13 Oktober 2015. Datuk Hjh. Hamisa Samat iaitu Timbalan Menteri Pembangunan Sumber Teknologi maklumat merangkap ADUN 59 Tanjung Batu telah sudi melakukan upacara perasmian dan penutupan 'Dengue Patrol Programme' peringkat Sekolah Kebangsaan Kukusan Tawau, Sabah. 

Dalam majlis berkenaan, beliau memuji tindakan pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid, para ibu bapa, syarikat swasta, badan-badan kerajaan dan berkanun yang telah menunjukkan kesepakatan demi memberi kesedaran tentang ancaman nyamuk aedes dan penyakit demam denggi yang berbahaya. Beliau menyifatkan tindakan Strategi National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang digunakan oleh Sekolah Kebangsaan Kukusan adalah sangat bijaksana dan mampu memberikan impak yang besar kepada masyarakat dan negara.

Datuk Hjh. Hamisah turut melawat tapak pameran denggi SK. Kukusan di samping sempat melihat beberapa persembahan murid-murid pra sekolah dan aliran perdana yang membawa mesej 'tiada aedes, tiada denggi'. Beliau berharap program yang dianjurkan oleh SK. Kukusan diteruskan sepanjang tahun demi kebaikan semua pihak.

  
 Tinjauan dan persiapan akhir sementara menunggu kehadiran tetamu kehormat


 Guru besar, para peantadbir, guru-guru dan pegawai daripada Jabatan Kesihatan bersama petugas - petugas ruang pameran sempat bergambar kenang-kenangan.

Kehadiran Datuk Hj. Hamisah dan memotong reben sebagai tanda merasmikan ruang 
pameran tiada aedes, tiada denggi.

 

Datuk Hjh. Hamisah sedang diberi penerangan semasa di ruang pameran denggi
 
 Datuk Hjh. Hamisah sedang ditemu bual untuk meminta pendapat beliau tentang program yang sedang dilaksanakan oleh SK. Kukusan Tawau.

 Datuk Hjh. Hamisah diberi penerangan ringkas tentang ciri-ciri nyamuk aedes sambil ditemani oleh para pentadbir sekolah SK. Kukusan.


Datuk Hjh. Hamisah bersama guru besar SK. Kukusan, pegawai kesihatan menyembur racun serangga ke bahagian badan nyamuk aedes sebagai tanda simbolik menghapuskan denggi.


Datuk Hjh. sempat menandatangani kain rentang memerangi aedes dan mencegah denggi.


 Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan sepanjang program 'Dengue Patrol' yang telah berlangsung sejak 17 Oktober 2015.
 




 Para pelajar SK. Kukusan menumpukan perhatian di atas ucapan dan nasihat yang diberikan oleh Datuk Hjh. Hamisah. Diharapkan apa yang dipelajari akan digunakan secara efisien dalam kehidupan mereka di samping menjadi generasi yang sentiasa menyumbang untuk kesejahteraan masyarakat.

 Persembahan menarik daripada murid-murid SK. Kukusan Tawau, Sabah.


 Persembahan yang menarik dan menghiburkan daripada kanak-kanak pra sekolah SK. Kukusan Tawau, Sabah.



 Para pentadbir, pegawai daripada Jabatan Kesihatan dan para guru sempat bergambar ramai beramai-ramai sebagai tanda kenangan lawatan Datuk Hjh. Hamisah.


Tuesday, 10 November 2015

Persediaan Pameran 'Dengue Patrol' ala konvensyen

Persediaan rapi untuk Pameran Perasmian Penutupan 'Dengue Patrol' SK. Kukusan Tawau pada 12 November 2015.

Segak dan bergaya di samping model nyamuk aedes yang dihasilkan daripada kategori ibu bapa dan kategori pelajar.

Model nyamuk terbesar yang dapat disaksikan dalam pameran iaitu sepanjang 5 kaki !!!






 Guru bertugas sedang berehat selepas menyususn atur tapak pameran.




Sunday, 25 October 2015

Wanita UMNO Kalabakan & PEWANIS bersama Warga SK Kukusan Mencegah aedes dan denggi.

Pada 24 Oktober. Seramai 70 anggota PEWANIS dan 20 WANITA UMNO Kalabakan telah menghadiri jemputan ke Pameran 'Patrol Dengue'. Puan Maimunah (Ketua Unit Kemanusiaan PPDT) selaku pengerusi PEWANIS Tawau  telah bersama-sama menandatangani di atas kain rentang untuk bersama menyokong SK Kukusan untuk menyedarkan masyarakat dan bersama-sama membanteras AEDES dan DENGGI. Syabas dan Terima Kasih.
 



Wednesday, 21 October 2015

Skuad Dengue Patrol Sedia Gempur


Pengagihan t-shirt kepada skuad 'Dengue Patrol' bukan sahaja sebagai imej malah lambang serta simbolik tentang perlunya DENGUE yang disebabkan AEDES itu perlu dibanteras dengan semangat dan konsisten. Semoga SK KUkusan dan komunitu bebas dari denggi.

Kemesraan dan Kesepakatan Asas Kelancaran Program

Muafakat membawa berkat. Kunci kejayaan terletak pada muafakat dan komitmen. Di samping itu juga faktor perancangan yang sistematik dan konsisten pencetus kepada kejayaan terhadap apa
yang dirancang.

Fogging!!! Pergilah AEDES, Tamu yang tak diundang!

21 Oktober 2015. Suasana petang yang damai, namun tidak bagi AEDES. Terima kasih daun keladi kepada skuad 'fogging' Jabatan Kesihatan cawangan Tawau. 4 'fogging'  sekaligus digunakan untuk mempastikan warga SK Kukusan bebas dari aedes. Namun untuk kesan berpanjangan segalanya bergantung kepada warga SK Kukusan dan penduduk sekitarnya jua...








Sunday, 18 October 2015

Model Aedes yang Menyeramkan

20-22 Oktober 2015. Apabila Aedes di bentuk semula dalam keadaan yang besar, kelihatan agak menyeramkan.Model-model Aedes ini dihasilkan hasil kerjasama guru dan pelajar. Penyediaan model ini meskipun memakan masa namun disebabkan ghairah dengan kempen 'Dengue Patrol' menyebabkan masa yang panjang seperti sekejap sahaja berlalu.













 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger