BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Tuesday 10 November 2015

Jelajah Cegah Denggi di Pasar Besar Tawau

24 Oktober 2015. Skuad Misi Gempur Denggi SK. Kukusan bersama beberapa orang kakitangan Jabatan Kesihatan meneruskan jelajah kesedaran tentang denggi ke Pasar Besar Tawau.Objektif aktiviti:

1. Mengedar risalah misi gempur Denggi
2. Menyedarkan masyarakat tentang bahaya nyamuk Aedes
3. Memperkenalkan misi sekolah untuk membanteras nyamuk Aedes
4. Memberi sumbangan racun serangga kepada pengunjung Pasar Besar Tawau dan Peniaga.

Terima kasih kepada Syarikat Harrison yang telah menaja racun semburan dan lingkaran nyamuk seterusnya membolehkan skuad gempur denggi SK. Kukusan di bawah naungan program 'Dengue Patrol' menghulurkan pula kepada orang ramai. Pendekatan 'National Blue Ocean Strategies' (NBOS) ini diharap berterusan pada masa akan datang.
Anda gembira skuad bahagia.

Orang ramai menunjukkan tanda sokongan dan berazam membanteras denggi dengan menurunkan tandatangan secara sukarela.

Di antara pengunjung yang sempat di temu bual untuk mendapatkan respon tentang peranan masyarakat dalam membanteras wabak denggi.


Skuad bersemangat dan bangga bersama kain rentang untuk mengajak orang ramai menyokong menghapuskan gejala denggi.

 Di antara mereka yang menerima sumbangan racun penyembur nyamuk.

 Terima kasih kerana sokongan anda.

 Lagi mereka yang menerima sumbangan racun penyembur nyamuk.

 Sambil mendapat sumbangan, risalah tentang denggi turut diedarkan.


 Di antara penerima yang gembira dan ceria menerima sumbangan daripada skuad gempur denggi.

 Semoga ilmu daripada risalah tentang denggi akan dimanfaatkan kepada diri sendiri dan orang lain.


Misi berjaya, skuad gempur denggi gembira bergambar bersama kain rentang kempen 
hapuskan denggi.


Stok bekalan akan diedarkan lagi kepada sasaran berikutnya.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger