BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Thursday 12 November 2015

Program Minggu Anti Denggi Pendidikan Khas /PPKI

19 Oktober 2015. Pada minggu berkenaan Murid Pendidikan Khas telah di taklimatkan oleh guru-guru mereka tentang perkara-perkara asas tentang nyamuk aedes dan penyakit demam denggi. Mereka turut didedahkan tentang cara-cara memusnahkan aedes dan mencegah denggi. Sepanjang minggu berkenaan juga, murid-murid ini dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti tentang pencegahan denggi yang dilakukan oleh murid-murid aliran perdana. Para pelajar ini didedahkan tentang aedes dan denggi menggunakan teknik ulangan agar menjadi satu aspek yang kukuh dalam minda mereka, Diharapkan mereka mengetahui sekurang-kurangnya perkara tentang cara melindungi diri mereka daripada nyamuk aedes dan penyakit berbahaya yang dibawanya iaitu demam denggi.

 Murid-murid Pendidikan Khas menunjukkan risalah "Misi Gempur Denggi' yang mereka perolehi.

Para pelajar mengelilingi kawasan sekolah dengan diiringi oleh guru pembimbing untuk membersihkan sampah dan mengesan sekiranya ada kawasan air bertakung dan berpotensi bagi pembiakan nyamuk aedes.

Para pelajar sedang berehat sambil mendengar taklimat daripada guru bertugas tentang aktiviti yang bakal dijalankan.



Para pelajar Pendidikan Khas bergambar bersama guru pengiring berbangga kerana dapat menyumbang kepada Misi Gempur Denggi







Sempena Minggu Anti Denggi Pendidikan Khas / PPKI, para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti mewarna dengan tema hapuskan aedes dan cegah denggi.

Para pelajar sedang asyik menyiapkan tugasan mereka.





Persediaan membuat persembahan 'tiada aedes, tiada denggi'


 Sesi penerangan tentang nyamuk aedes dan denggi juga turut dilakukan. murid-murid begitu tekun mendengar penerangan dan bahan audio visual yang ditayangkan.


Guru menerangkan perkara perkara paling asas berkaitan dengan perlindungan diri daripada nyamuk aedes dan bebas dari denggi.


Murid-murid pendidikan khas juga terlibat dengan melukis kain rentang yang bertemakan 'hapus aedes, cegah denggi'


Akhirnya kain rentang berjaya disiapkan sekaligus menjadi bahan digunakan sebagai penutup Minggu Anti Denggi Pendidikan Khas / PPKI

 Diharapkan pengalaman dan ilmu yang ditimba akan kekal dalam ingatan dan menjadi panduan dan peringatan agar sentiasa berhati-hati dengan ancaman denggi.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger