BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

  • Dengue Treatment

  • Dengue Introduction

  • Symptoms of Dengue fever

  • Dengue fever prevention guide

  • Dengue fact

    Tuesday, 10 November 2015

    Misi Gempur Denggi ke jabatan kerajaan dan berkanun,

    26 Oktober 2015. Skuad Misi Gempur Denggi di bawah 'Dengue Patrl Programme' telah melaksanakan aktiviti 'roadshow' ke beberapa buah jabatan kerajaan dan badan berkanun.  Objektif misi berkenaan adalah :


    1. Mengedarkan risalah kepada  Jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun.

    2. Mengutip tandatangan lawatan dalam Buku Log dan kain rentang
    3. Meminta kerjasama jabatan-jabatan berkenaan agar membantu SK. Kukusan untuk bersama-sama 
    4. menyebarkan kempen 'Gempur Denggi' kepada kakitangan mereka dan kepada pelanggan di bawah bidang 
        mereka 
    5. Di antara jabatan yang dikunjungi ialah Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Jabatan Jemaah Nazir dan 
        Jaminan Kualiti (JNJK), Jabatan Tenaga Buruh dan Jabatan Air.

    Menyingsing lengan tanda keazaman menghapuskan aedes dan mencegah denggi bersama En. Darmansyah Hj. Asakil dengan pegawai-pegawainya bersama skuad Misi Gempur Denggi.

    En. Vaea, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau menurunkan tandatangan tanda sokongan
    terhadap Misi Gempur Denggi.


    Berada di pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk  meminta kerjasama membantu SK. Kukusan menyebarkan mesej gempur denggi ke sekolah-sekolah yang dipantau oleh JNJK.



    Turut mengunjungi Jabatan Tenaga Buruh dan sempat menemubual pegawai di jabatan berkenaan tentang pandangan mereka tentang misi gempur denggi SK. Kukusan.


     Jabatan Air turut tidak terlepas daripada jelajah Misi Gempur Denggi denggi SK. Kukusan, Tawau.



    Mengedarkan risalah tentang denggi kepada pelanggan Jabatan Air

    Menyerahkan risalah denggi kepada  pegawai Jabatan air Tawau sebagai tanda simbolik sokongan terhadap misi  gempur denggi di bawah naungan program 'Dengue Patrol'.

    Post a Comment

     
    Copyright © 2013 .
    Share on . Powered byBlogger