BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

  • Dengue Treatment

  • Dengue Introduction

  • Symptoms of Dengue fever

  • Dengue fever prevention guide

  • Dengue fact

    Saturday, 7 November 2015

    Bersama komuniti mengadakan gotong royong

    Diantara aktiviti gotong royong yang diadakan bersama komuniti ialah

    1. Gotong royong Perdana SK. Kukusan sempena pelancaran program 'Dengue Patrol'
    2. Gotong royong membersihkan persekitaran rumah orng-orang tua di Jalan Hot Spring Tawau
    3. Memenuhi jemputan JK Kampung Tg.Batu Jalan Imam Jalilul
    4. Membersihkan kawasan flat perumahan kakitangan awam di Jalan Hot Spring Tawau

    (1) Gotong royong Perdana SK. Kukusan sempena pelancaran 
          program 'Dengue Patrol'

    Sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa murid dan masyarakat yang berhampiran  bagi Program Gotong Royong Perdana untuk Misi Gempur Denggi. 

    Para Pelajar dan ibu bapa tekun mendengar ceramah tentang denggi sebelum gotong royong bermula


    Pegawai daripada Jabatan Kesihatan Tawau sedang menyampaikan taklimat berkenaan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi


    Guru penyelaras gotong royong perdana sedang memberikan taklimat berkaitan dengan tentatif aktiviti gotong royong dan pembahagian kawasan untuk dibersihkan.
     
    Para ibu bapa ula melaksanakan kerja pembersihan di sekitar kawasan sekolah SK. Kukusan Tawau.


    Para ibu dan pelajar perempuan menjalankan aktiviti membersihkan sampah di sekitar kawasan sekolah SK. Kukusan Tawau.


    Kelihatan Timbalan PIBG sekolah dan Guru Besar SK. Kukusan sedang tekun membersihkan kawsan longkang sekolah.



    Beginilah keadaan longkang sebelum kerja gotong royong dilaksanakan.



    Inilah transformasi keadaan longkang sekolah setelah gotong royong berakhir.




    (2) Gotong royong membersihkan persekitaran rumah orng-orang 
          tua di Jalan Hot Spring Tawau

    Semangat berkobar-kobar daripada skuad gempur denggi untuk melakukan kerja amal dalam persekitaran rumah orang tua Hot Spring Tawau.
     
    Sempat beramah mesra dengan penghuni rumah orang-orang tua

    Meninjau kawasan rumah orang-orang tua untuk mengenal pasti lokasi bagi memulakan aktiviti khidmat kemasyarakatan iaitu membersihkan persekitaran daripada ancaman denggi.

    Memulakan aktiviti pembersihan dengan membuang sampah dan membersihkan lokasi-lokasi berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes.

    Menyumbang racun nyamuk kepada pengurus rumah orang-orang tua Hot Spring. 

     (3). Membersihkan kawasan flat perumahan kakitangan awam di 
            Jalan Hot Spring Tawau

    Skuad gempur denggi bersama-sama penghuni flat kakitangan awam  SK. Bahagia berusaha membersihkan kawasan berkenaan untuk mengelakkan kawasan semak dan bekas bertakung bagi mengelakkan peluang denggi untuk bertelur.



    Sumbangan racun nyamuk turut diberikan kepada penghuni flat kerajaan. Kelihatan wajah kepuasan dalam kalangan penghuni flat dan skuad gempur denggi kerana berjaya menyelesaikan misi yang telah dirancang.

















    (4). Memenuhi jemputan JK Kampung Tg.Batu Jalan Imam Jalilul

    Penyelaras Misi Gempur Denggi SK. Kukusan menyerahkan risalah Misi Gempur Denggi kepada pengerusi JK gotong royong Tg. Batu Jalan Imam Jalilul sambil deperhati oleh pegawai daripada Jabatan Kesihatan Tawau.





    1 comment :

    1. Teruskan usaha anda untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya denggi....

      ReplyDelete

     
    Copyright © 2013 .
    Share on . Powered byBlogger