BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Tuesday 10 November 2015

Gempur denggi di Kampung Icebox Tawau.

24 Oktober 2015.  Skuad Gempur Denggi Sk. Kukusan telah melakukan aktiviti Jelajah Membanteras Denggi. Kali ini, skuad telah memilih Kampung Icebox yang merupakan kampung di atas air yang merupakan salah satu kampung yang tersenarai sebagai kawasan hot spot denggi. Skuad telah memilih laluan masuk utama kampung berkenaan untuk mempastikan risalah tentang maklumat denggi dapat dicapai seramai mungkin oleh penduduk kampung berkenaan. Di samping mengedarkan risalah, skuad juga telah membahagi-bahagikan bekalan racun semburan nyamuk dan mendapatkan tanda tangan sokongan daripada penduduk kampung terbabit. Aktiviti ini telah mendapat kerjasama dan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung berkenaan. Syabas dan tahniah Skuad Gempur Denggi SK. Kukusan Tawau, Sabah.



Sokongan orang ramai mencurah-curah untuk sama-sama menanam tekad menghapuskan gejala denggi di kampong mereka.

 Walaupun panas terik, skuad gempur denggi terus mara demi kebaikan bersama

 Ambil peluang berehat sementara kerja terus berjalan.

Di antara penduduk kampong yang mendapat sumbangan semburan racun nyamuk.

 Penduduk kampung dengan sukarela menandatangani tanda sokongan untuk sama-sama menggempur aedes dan mencegah denggi.


 Seronok rasanya jika misi berjaya dilaksanakan.


Skuad gempur denggi SK. Kukusan boleh!!!

Post a Comment

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger