BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Friday, 9 October 2015

Waspada ! - Tanda terbaru demam denggi

Jika anda tinggal di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri yang mencatatkan kes demam denggi yang paling tinggi, tolong waspada !. Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa ada tanda terbaru kes demam denggi yang agak berbeza berbanding yang diketahi umum sebelum ini.

Untuk maklumat pembaca berikut adalah senarai negeri-negeri yang mencatatkan kes demam denggi yang paling hebat di negara kita. Kes yang direkodkan di bawah adalah jumlah kes terkumpul untuk tahun ini, 2015 sahaja. Kes direkodkan daripada 4hb Jan 2015 hingga 3hb Feb 2015:
  1. Selangor - 6915 kes
  2. Perak - 1456 kes
  3. Johor - 724 kes
  4. WP Kuala Lumpur - 670 kes
  5. Pulau Pinang - 622 kes
  6. Pahang - 351 kes
  7. Sarawak - 336 kes
  8. Sabah - 307 kes
  9. Kelantan - 260 kes
  10. Melaka - 249 kes
  11. Negeri Sembilan - 202 kes
  12. Terengganu - 183 kes
  13. Kedah - 103 kes
  14. Perlis - 49 kes
  15. WP Putrajaya - 14 kes
  16. WP Labuan - Tiada kes

Rekod kematian untuk tahun 2015 sahaja yang baru bermula nampaknya amat menyedihkan. Seramai 20 orang telah meninggal dunia akibat kes demam denggi di negara kita!. Itu hanyalah rekod untuk bulan lepas iaitu daripada 4hb Jan 2015 hingga 29hb Jan 2015.

Untuk anda yang tinggal di 5 negeri tertinggi di atas terutamanya dan khususnya anda yang tinggal di Selangor, sila perhatikan tanda terbaru demam denggi yang diberikan oleh Kementerian kesihatan ini.

Tanda biasa kes demam denggi

Kebiasaannya, kita boleh mengecam kes demam denggi apabila seseorang itu menghadapi demam panas yang kuat. Kemudiannya dalam masa yang sama menghadapi masalah pening kepala yang kuat, sakit pada anggota badan terutamanya pada sendi-sendi yang ada. Kita juga boleh kesan adanya kemungkinan kes demam denggi jika ada bintik-bintik merah pada kulit.

Tanda-tanda yang saya sebutkan di atas adalah apa yang kita dah tahu selama ini. Dan segala tanda-tanda tersebut masih kekal. Jika anda ada terasa keadaan sedemikian, segera jumpa doktor untuk buat pemeriksaan. Jangan tangguh kerana anda sedang bermain dengan kemungkinan yang boleh membawa maut.

Tanda terbaru demam denggi

Baru-baru ini, nampaknya tanda demam denggi telah menunjukkan tambahan. Selain daripada apa yang disebutkan di atas, berikut adalah tanda terbaru demam denggi:
  • Rasa mual
  • Muntah
  • Citit birit
Ada kes yang mengalami masalah tersebut di atas, tanpa adanya tanda-tanda biasa kes demam denggi sebelum ini tetapi didapati telah mengalami masalah demam denggi.

Kes terbaru yang membawa kematian adalah kes kanak-kanak berumur 14 tahun dan seorang wanita dalam lingkungan 30-an. Mereka mengalami tanda-tanda baru seperti di atas dan doktor yang merawat memberikan rawatan terhadap kes keracunan tanpa menjangkakan ianya adalah kes demam denggi.

Apabila pesakit dibawa ke hospital, segalanya sudah terlambat dan keadaan menjadi semakin teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Para doktor dinasihatkan agat jangan hanya bergantung pada pemeriksaan jumlah platelet pada darah saja, ianya sudah tidak memadai. 

Pemeriksaan lanjut yang dipanggil sebagai "haematocrit", atau "packed cell volume" (PCV) dan juga "erythrocyte volume fraction" (EVF) perlu juga dilaksanakan bagi mendapatkan kepastian. Saya tak tahu apa yang dimaksudkan dengan dua pemeriksaan tersebut di atas. Tapi yang pentingnya, eloklah kita hafal sahaja terma tersebut agar tidak ketinggalan dengan maklumat terbaru ini.

Tahukah anda di mana pesakit terkena gigitan aedes

Ya! tahukah anda kat mana biasanya para pesakit yang dilaporkan terkena jangkitan kes demam denggi terkena gigitan nyamuk?

Daripada maklumat kementerian kesihatan, sebanyak 70% daripada kes mereka yang mengidapi demam denggi terkenan gigitan nyamuk aedes di kawasan berhampiran tempat tinggal mereka. Ini satu maklumat penting untuk kita semua berikan perhatian penuh.

Maknanya, jika kita semua prihatin dan berusaha sedaya upaya mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran tempat tinggal, usaha ini sudah tentu dapat membantu mengurangkan majoriti daripada kes demam denggi.

Abai saranan agama antara punca demam denggi

Anda sendiri tahu bagaimana nak kawal pembiakan nyamuk aedes, musnahkan segala pusat pembiakan nyamuk yang ada di dalam rumah, luar rumah, halaman rumah, tepi rumah persekitaran rumah dan di persekitaran kejiranan anda. Kalau nak dapatkan maklumat berkenaan kawalan serangga perosak dan juga kawalan nyamuk boleh terjah pada Blog ini.

Mungkin semua ini agak sukar nak dilaksanakan kerana alasan sibuk tak cukup tanah untuk kejar wang, samada untuk keperluan sesuap nasi ataupun untuk tambahkan kekayaan.

Dengan kesibukan itu juga kita abaikan semangat kejiranan dan abaikan saranan agama agar berbaik dengan para jiran dan saling bantu membantu. Ditambah dengan sikap saling benci membenci dengan masalah perbezaan politik dan serangan perkauman dan keagamaan, kita menjarakkan lagi semangat kerjasama kejiranan.

Dengan tidak adanya sikap bantu membantu dan saling kenal mengenal sesama jiran, manakan mungkin dapat dilaksanakan kerjasama pembersihan pada kawasan umum terutamanya antara premis kita dengan semua jiran yang ada?

Post a Comment

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger