Khidmat Komuniti
(1) Khidmat Komuniti
(a) Konsep dan Kreativiti
Program 'Dengue Patrol' Sekolah Kebangsaan Kukusan Tawau, Sabah menekankan konsep tidak formal dalam menyalurkan mesej kepada pelajar dan komuniti di samping memberi nilai empati dan pengalaman kepada pelajar agar dapat menghayati lebih dalam seterusnya menyuburkan nilai suka membantu, prihatin, keinsafan, pengetahuan kepada para pelajar bersesuaian dengan inspirasi murid dalam PPPM.
Kaedah kreativiti yang dilaksanakan untuk menyalurkan mesej dalam keadaan tidak formal adalah melalui:
(i) Lawatan Lokasi
Pelajar merasai sendiri tentang tahap kesedaran penjagaan kesihatan yang masih rendah (kesedaran bahaya aedes dan denggi) di kawasan-kawasan tertentu. Pelajar mendapati bahawa walaupun bersekolah rendah namun kesedaran mereka tentang hal tersebut lebih baik. Hal ini menimbulkan semangat untuk membantu menyampaikan mesej tentang ancaman denggi dalam kalangan masyarakat.
(ii) Khidmat bantuan mengesan jentik-jentik
Khidmat seperti mengukuhkan kefahaman murid tentang situasi sebenar berbanding melalui ceramah sebelum ini. Pelajar berpeluang merasai sendiri tugas pegawai kesihatan dan kaedah yang digunakan untuk mengesan jentik-jentik dan tindakan yang perlu dilakukan untuk mengelakkan pembiakan jentik-jentik
(iii) Penyerahan bantuan ubat semburan nyamuk
Hal ini menyuburkan semangat dan perasaan gembira apabila dapat membantu kepada golongan yang serba kekurangan dan memerlukan.
(iv) Keluar dari konsep belajar dalam bilik darjah.
Pengalaman menyebarkan mesej tentang punca, bahaya, pengenalpastian dan cara mengelakkan penyakit demam denggi memberi cabaran baru berbanding sebelum ini pelajar hanya mendengar dalam ceramah dan lebih kepada situasi sehala. Kaedah keluar daripada keselesaan dalam bilik darjah ternyata memberi kesan yang lebih mendalam dari segi kefahaman, cabaran, empati, dan proses mengingati dengan lebih baik berkaitan isu denggi khususnya.
(v) Bersama komuniti mengadakan gotong royong.
Khidmat masyarakat seperti ini dilakukan di kawasan flat kerajaan, rumah orang-orang tua,
Post a Comment