24 Oktober 2015. Skuad Gempur Denggi SK. Kukusan bersama guru pengiring dan kakitangan Jabatan Kesihatan telah melakukan jelajah ke kampung Bahagia iaitu salah satu kampung yang berisiko tinggi sebagai tempat pembaikan nyamuk aedes. Objektif jelajah di kampung berkenaan:
1. Menyediakan khidmat bantu kesan jentik-jentik oleh skuad denggi menggunakan borang senarai
semak dan bimbingan pegawai Jabatan Kesihatan dan guru pengiring.
2. Mengedar risalah Misi Gempur Denggi
semak dan bimbingan pegawai Jabatan Kesihatan dan guru pengiring.
2. Mengedar risalah Misi Gempur Denggi
3. Mengedar risalah dari jabatan Kesihatan
4. Memberi kesedaran bahaya denggi dan
membanteras tempat
pembiakan nyamuk Aedes
Program ini sangat berkesan. Maklum balas daripada skuad denggi yang terlibat menyatakan bahawa aktiviti ini sungguh menyentuh perasaan mereka kerana kebanyakan penduduk kampung tidak sedar tentang bahaya yang berada dalam persekitaran mereka di sebabkan aedes. Aktiviti mengesan lokasi jentik-jentik memberikan kefahaman mendalam kerana kaedah sentuh, lihat, bau dan mendengar kenaifan penduduk kampung berkaitan aedes dan denggi lebih berkesan berbanding setakat mengedarkan risalah dan mendengar ceramah di bilik darjah atau dalam seminar. Walaupun dalam usia muda ternyata pengetahuan mereka tentang denggi jauh lebih kehadapan berbanding penduduk kampung dijelajahi. Hal ini telah menanamkan kesedaran tinggi kepada skuad betapa peranan mereka dalam misi berkenaan sangat penting bagi membantu segelintir ahli masyarakat meskipun mereka masih berada dalam usia yang muda. Bagi mereka inilah pengalaman yang akan terus mereka ingati dan berazam untuk kembali membantu masyarakat pada masa akan datang. Syabas skuad!
Skuad gempur denggi menandakan senarai semak sudut-sudut yang perlu diambil perhatian di dalam dan sekitar sesebuah rumah
Bersama-sama guru pengiring, skuad bertindak menyahkan air bertakung yang berpotensi untuk pembiakan jentik-jentik.
Aktiviti yang diperhatikan oleh penduduk setempat memberikan keinsafan mereka bahawa ada pihak luar yang sangat prihatin dengan keselamatan mereka.
Penghargaan kepada salah seorang penghuni rumah yang dilawati kerana mengambil tindakan proaktif dengan menutup semua botol-botol kosong sekaligus tidak memberi ruang untuk aedes bertelur dan membiak.
Membantu membunuh nyamuk pada salah satu sudut yang disyaki tempat nyamuk aedes berlindung.
Pegawai kesihatan yang menjadi mentor berasa berbangga dengan kerja sukarela yang dilaksanakan oleh skuad Gempur Denggi SK. Kukusan. Menurut beliau, sepanjang puluhan tahun bertugas sebagai pegawai kesihatan, inilah kali pertama beliau menyertai program seperti ini. (bersama generasi muda).
Tindakan menghalau nyamuk pada sudut yang berisiko. Namun hal ini tidak memadai sekiranya tiada tindakan jangka panjang seperti membersihkan lokasi secara besar-bearan.
Nampaknya, tiada sudut yang terlepas daripada skuad Gempur Denggi.
Kawasan berpotensi untuk pembiakan jentik-jentik berjaya dikesan.
Tindakan serta merta oleh skuad untuk memusnahkan habitat pembiakan jentik-jentik.
Skuad menunjukkan cara kepada penduduk setempat tentang kaedah yang sepatutnya dilakukan untuk mengelakkan nyamuk aedes daripada membiak.
Perbincangan dan nasihat diberikan untuk memberi kefahaman agar mereka dapat mengetahui bahaya demam denggi dan langkah proaktif serta jangka panjang yang mereka perlu lakukan selepas lawatan Misi Gempur Denggi. Terima kasih diucapkan kepada pegawai Jabatan Kesihatan Tawau yang bersama dengan skuad gempur denggi.
Pemeriksaan yang sangat terperinci. Air yang tenang jangan disangka tidak ada buaya. Semua ilmu yang diperolehi dari Pegawai Jabatan Kesihatan nampaknya telah dipraktikkan sepenuhnya dalam program membantu mengesan jentik-jentik ini.
Bukan setakat mengesan jentik-jentik, malah skuad turut ringan tangan membantu menunjukkan cara penggunaan lingkaran racun nyamuk yang betul.
Nampaknya keterlibatan yang serius dalam 'Dengue Patrol Programme' telah menjadikan Pn. Hasmiyani (Penyelaras program) menjadi 'pakar' tentang aedes dan denggi.
Pencarian yang teliti. Nampaknya tiada peluanglah kali ini untuk aedes membiak.
Mengedarkan risalah Misi Gempur Denggi dan sumbangan kepada tuan rumah yang dikunjungi
Mengedarkan risalah dan sumbangan kepada penghuni rumah.
Mengedarkan risalah Misi Gempur Denggi dan sumbangan kepada tuan rumah yang dikunjungi
Mengedarkan risalah dan sumbangan kepada penghuni rumah.
Post a Comment