BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

Wednesday, 28 October 2015

Sokongan Padu PPD Tawau Program Dengue Patrol

26 Oktober 2015. Skuad Misi Gempur Denggi SK. Kukusan meneruskan roadshow ke Pejabat Pendidikan Daerah Tawau (PPDT). Pegawai Pendidikan En. Darmansyah bersama-sama pegawai beliau telah menurunkan tanda tangan sokongan di atas 'banner' yang disediakan. Sesungguhnya, sokongan dan bantuan PPDT tidak dapat dinafikan dalam mempastikan Misi Gempur Denggi berjaya mencapai matlamatnya. Malah misi ini bermula dengan syor PPDT yang telah memberi kepercayaan kepada SK. Kukusan untuk menyertai misi ini diperingkat kebangsaan. Di samping itu, perjalanan aktiviti 'Dengue Patrol Programme' banyak medapat nasihat daripada pegawai-pegawai PPDT. Terima kasih PPDT atas kepercayaan dan sokongan. Terima kasih warga pendidik Tawau!

En. Darmansyah Hj. Asakil (Pegawai PPDT) menurunkan tandatangan pada 'banner' disediakan.

Para pegawai PPDT turut menurunkan tandatangan sebagai simbolik sokongan moral Misi Gempur Denggi SK Kukusan Tawau.

Gambar kenang-kenangan di antara skuad Misi Gempur Denggi SK. Kukusan bersama Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.

Skuad Misi Gempur Denggi menyingsing lengan untuk menunjukkan tekad menghapuskan nyamuk aedes dan mencegah denggi sambil anggota skuad dengan bangganya menunjukkan gelang Misi Gempur Denggi di bawah 'Dengue Patrol Programme'.



Sesi temuramah turut dilakukan bersama Ketua Unit Kemanusiaan PPDT untuk mendapatkan pandangan beliau tentang pendekatan yang dilakukan oleh skuad Misi Gempur Denggi Sk. Kukusan 



Skuad Misi Gempur Denggi sempat beramah mesra dengan pegawai-pegawai di PPD Tawau.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger