17 Oktober 2015. Program gotong royong perdana melibatkan semua guru dan kitangan sekolah, semua murid, ibu bapa, Jabatan Kesihatan dan penduduk yang berada di persekitaran sekolah. Program sangat berjaya walaupun tidak melibatkan kos. Sumbangan makanan dan minuman ringan disediakan sendiri oleh ibu bapa. Sokongan seperti ini selari dengan program sarana sekolah.
Kerja yang berat menjadi ringan sekiranya semua aktiviti dilaksanakan secara bergotong royong.
Sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa murid dan masyarakat yang berhampiran bagi Program Gotong Royong Perdana untuk Misi Gempur Denggi.
Para Pelajar dan ibu bapa tekun mendengar ceramah tentang denggi sebelum gotong royong bermula
Pegawai daripada Jabatan Kesihatan Tawau sedang menyampaikan taklimat berkenaan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi
Penyelaras 'Dengue Patrol Programme' SK. Kukusan (Pn. Hasmiyani Emma) sedang mempamerkan laman rasmi program berkenaan agar para hadirin dapat mengunjungi seterusnya mendapat maklumat terkini berkaita dengan nyamuk dan dan ancaman denggi yang dibawanya.
Guru penyelaras gotong royong perdana sedang memberikan taklimat berkaitan dengan tentatif aktiviti gotong royong dan pembahagian kawasan untuk dibersihkan.
Para ibu bapa ula melaksanakan kerja pembersihan di sekitar kawasan sekolah SK. Kukusan Tawau.
Para ibu dan pelajar perempuan menjalankan aktiviti membersihkan sampah di sekitar kawasan sekolah SK. Kukusan Tawau.
Kelihatan Timbalan PIBG sekolah dan Guru Besar SK. Kukusan sedang tekun membersihkan kawsan longkang sekolah.
Beginilah keadaan longkang sebelum kerja gotong royong dilaksanakan.
Inilah transformasi keadaan longkang sekolah setelah gotong royong berakhir.
Aktiviti 'fogging' mangambil alih setelah semua kerja pembersihan berjaya dilaksanakan.
Pentadbir dan guru SK. Kukusan berpuas hati dengan kejayaan gotong royong perdana yang berjalan lancar sehingga akhir. Tahniah kepada semua termasuk yang berada di belakang tadbir.
Berjuta penghargaan kepada pihak PIBG dan ibu bapa yang membawa sendiri makanan dan seterusnya menjamu selera bersama selepas selesai aktiviti gotong royong perdana.
Pentadbir dan guru SK. Kukusan berpuas hati dengan kejayaan gotong royong perdana yang berjalan lancar sehingga akhir. Tahniah kepada semua termasuk yang berada di belakang tadbir.
Berjuta penghargaan kepada pihak PIBG dan ibu bapa yang membawa sendiri makanan dan seterusnya menjamu selera bersama selepas selesai aktiviti gotong royong perdana.
Post a Comment