Sunday, 15 November 2015
Laporan Penuh 'Dengue Patrol Programme' SK. Kukusan Tawau, Sabah
Saturday, 14 November 2015
Pertandingan Terbuka Membina Model Aedes
26-31 Oktober. Pertandingan bertujuan mempromosi tentang nyamuk aedes supaya masyarakat dapat mengenali dengan jelas ciri-ciri nyamuk berbahaya tersebut. Pertandingan juga bertujuan untuk memilih model untuk diletakkan ditapak pameran sempena Misi Gempur Denggi yang bakal dirasmikan oleh Datuk Hjh. Hamisa Samat. Timbalan Menteri Pembangunan Sumber Teknologi Maklumat. Berikut adalah model-model nyamuk aedes yang dipertandingkan.
Melukis kain rentang bertemakan 'hapus aedes, cegah denggi'.
19-21 Oktober. Sepanjang tempoh 3 hari, guru-guru pendidikan khas bersama murid-murid mereka menyahut cabaran untuk menyiapkan slogan pada kain rentang yang bertemakan hapuskan aedes dan cegah denggi. Proses membuat kain rentang di draf awal oleh para guru pendidikan khas, di warnakan oleh guru dan di bantu oleh murid-murid pendidikan khas dalam sentuhan suku akhir kain rentang berkenaan.
Proses awal mereka bentuk kain rentang yag ingin dihasilkan
Murid-murid pendidikan khas memulakan sentuhan mereka di atas kain yang telah di draf
Murid-murid melaksanakan tugasan mereka dengan begitu bersemangat dan ceria
Para guru membantu menyiapkan kain rentang dengan memberi sentuhan yang lebih
terperinci dan halus
Akhirnya, para guru dan murid-murid pendidikan khas berjaya
menyiapkan kain rentang yang diusahakan selama 3 hari. Perasaan bangga
dan puas hati menyelinap diri apabila impian menjadi nyata. Kain rentang
dirasmikan oleh guru besar SK. Kukusan dan salah satu kain rentang yang
menjadi bahan utama dipamerkan sepanjang program 'Dengue Patrol'.
Kunjungan skuad Misi Gempur Denggi ke Jabatan Kesihatan Tawau
26 Oktober 2015. Skuad Misi Gempur Denggi meneruskan 'roadshow' dengan melawat Jabatan Kesihatan Tawau. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mendedahkan lebih panjang lebar berkenaan dengan maklumat berkaitan nyamuk aedes dan denggi. Pengetahuan yang disampaikan adalah penting kerana maklumat tersebut memberikan lebih keyakinan kepada skuad Misi Gempur Denggi untuk menerangkan kepada orang ramai dengan lebih berkesan.
Skuad Misi Gempur Denggi diberikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti jabatan khususnya dalam membanteras nyamuk aedes dan mencegah denggi.
Sesi bergambar skuad bersama pegawai Jabatan Kesihatan Tawau.
Friday, 13 November 2015
Gotong royong Perdana SK. Kukusan Tawau
17 Oktober 2015. Program gotong royong perdana melibatkan semua guru dan kitangan sekolah, semua murid, ibu bapa, Jabatan Kesihatan dan penduduk yang berada di persekitaran sekolah. Program sangat berjaya walaupun tidak melibatkan kos. Sumbangan makanan dan minuman ringan disediakan sendiri oleh ibu bapa. Sokongan seperti ini selari dengan program sarana sekolah.
Kerja yang berat menjadi ringan sekiranya semua aktiviti dilaksanakan secara bergotong royong.
Sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa murid dan masyarakat yang berhampiran bagi Program Gotong Royong Perdana untuk Misi Gempur Denggi.
Para Pelajar dan ibu bapa tekun mendengar ceramah tentang denggi sebelum gotong royong bermula
Pegawai daripada Jabatan Kesihatan Tawau sedang menyampaikan taklimat berkenaan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi
Penyelaras 'Dengue Patrol Programme' SK. Kukusan (Pn. Hasmiyani Emma) sedang mempamerkan laman rasmi program berkenaan agar para hadirin dapat mengunjungi seterusnya mendapat maklumat terkini berkaita dengan nyamuk dan dan ancaman denggi yang dibawanya.
Guru penyelaras gotong royong perdana sedang memberikan taklimat berkaitan dengan tentatif aktiviti gotong royong dan pembahagian kawasan untuk dibersihkan.
Para ibu bapa ula melaksanakan kerja pembersihan di sekitar kawasan sekolah SK. Kukusan Tawau.
Para ibu dan pelajar perempuan menjalankan aktiviti membersihkan sampah di sekitar kawasan sekolah SK. Kukusan Tawau.
Kelihatan Timbalan PIBG sekolah dan Guru Besar SK. Kukusan sedang tekun membersihkan kawsan longkang sekolah.
Beginilah keadaan longkang sebelum kerja gotong royong dilaksanakan.
Inilah transformasi keadaan longkang sekolah setelah gotong royong berakhir.
Aktiviti 'fogging' mangambil alih setelah semua kerja pembersihan berjaya dilaksanakan.
Pentadbir dan guru SK. Kukusan berpuas hati dengan kejayaan gotong royong perdana yang berjalan lancar sehingga akhir. Tahniah kepada semua termasuk yang berada di belakang tadbir.
Berjuta penghargaan kepada pihak PIBG dan ibu bapa yang membawa sendiri makanan dan seterusnya menjamu selera bersama selepas selesai aktiviti gotong royong perdana.
Pentadbir dan guru SK. Kukusan berpuas hati dengan kejayaan gotong royong perdana yang berjalan lancar sehingga akhir. Tahniah kepada semua termasuk yang berada di belakang tadbir.
Berjuta penghargaan kepada pihak PIBG dan ibu bapa yang membawa sendiri makanan dan seterusnya menjamu selera bersama selepas selesai aktiviti gotong royong perdana.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)