26 Oktober 2015. Skuad Misi Gempur Denggi meneruskan 'roadshow' dengan melawat Jabatan Kesihatan Tawau. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mendedahkan lebih panjang lebar berkenaan dengan maklumat berkaitan nyamuk aedes dan denggi. Pengetahuan yang disampaikan adalah penting kerana maklumat tersebut memberikan lebih keyakinan kepada skuad Misi Gempur Denggi untuk menerangkan kepada orang ramai dengan lebih berkesan.
Skuad Misi Gempur Denggi diberikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti jabatan khususnya dalam membanteras nyamuk aedes dan mencegah denggi.
Sesi bergambar skuad bersama pegawai Jabatan Kesihatan Tawau.
Post a Comment