17 Oktober 2015. Para pelajar telah terlibat dalam aktiviti menanam tumbuhan semulajadi yang boleh menghalau nyamuk. Aktiviti ini penting supaya pelajar lebih menghargai tentang khazanah alam semulajadi yang berharga. Selepas diperkenalkan dengan tumbuhan berkenaan, para pelajar telah melaksanakan aktiviti menanam tumbuhan berkenaan di sepanjang pagar sekolah. Aktivi menanam tumbuhan berkenaan adalah penting agar mereka bukan sahaja setakat mendengar tetapi turut melibatkan diri secara praktikal. Tindakan mereka menanam tumbuhan berkenaan pada jangka panjang akan memberi kesan yang bermanfaat khususnya kepada adik-adik mereka yang bakal belajar di sekolah berkenaan.
Cuaca panas tidak menjadi penghalang untuk melaksanakan aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat khususnya warga sekolah SK. Kukusan Tawau.
Post a Comment