BREAKING NEWS

Latest News

About Dengue

Dengue fact

(1) Khidmat Komuniti



(a) Konsep dan Kreativiti



Konsep khidmat masyarakat bersifat mikro. Walaupun aspek khidmat masyarakat masih menggunakan aspek makro (konvensional) seperti mengedarkan risalah, menurunkan tandatangan, mengedarkan bahan bantu, ceramah, membuat model, persembahan dan sebagainya namun aspek yang paling penting dalam Misi Gempur Denggi Sk.Kukusan  ialah memasukkan nilai empati yang memberi kesan jangka panjang. Di antara program yang dijalankan aktiviti khdmat bantu mengesan jentik-jentik. Dalam aktiviti itu, para pelajar masuk ke kampung yang memang dalam senarai hot spot dan meninjau serta memberi khidmat bantu mengesan sudut-sudut berpotensi pembiakan nyamuk aedes melalui senarai semak (klik untuk rujuk) yang disediakan. Para pelajar turut mengambil tindakan serta merta melakukan aktiviti fizikal seperti memusnah dan menghapuskan tempat-tempat berpotensi. Guru pengiring dan pegawai kesihatan hanya bertindak sebagai mentor. Para pelajar terlibat amat tersentuh hati apabila mendapati penduduk kawasan yang dilawati  mempunyai pengetahuan yang sangat rendah tentang bahaya yang menanti mereka di sebabkan nyamuk aedes. Hal ini menimbulkan keinsafan dalam kalangan para pelajar dan semangat untuk membantu dan berminat menyertai program sukarelawan pada masa akan datang. 

Konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS) adalah merupakan pendekatan masa kini untuk mempastikan apa juga aktiviti yang dirancang memberi kesan yang besar dan menyeluruh. Khidmat masyarakat yang dijalankan melibatkan para pelajar, guru, ibu bapa, penduduk kampung sekitar sekolah, syarikat swasta, jabatan kerajaan dan berkanun, menteri dan artis. Keterlibatan semua pihak dalam Misi Gempur Denggi SK. Kukusan menyebabkan semua aktiviti berjalan dengan lancar, mendapat perhatian daripada semua anggota masyarakat, kos berkesan, dan dalam skala yang luas. Sebagai contoh, gotong royong perdana yang dilaksanakan tidak melibatkan kos daripada pihak sekolah daripada mula hingga akhir. Hal ini bertepatan dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan aspek sarana ibu bapa, komuniti dan swasta.

Hampir keseluruhan program yang dijalankan tidak melibatkan kos yang tinggi atau kos yang cekap malah ada yang tidak melibatkan kos. Kejayaan misi khidmat masyarakat dalam ‘Dengue Patrol Programme’ ini membuktikan bahawa dengan kos yang minima dan cekap, hasil yang memberangsangkan masih boleh diraih.

Akhir sekali, aktiviti Misi Gempur Denggi SK. Kukusan Berjaya mencapai liputan kawasan yang luas dengan kos yang paling minima. Keluasan liputan penyebaran risalah dan makluman denggi meliputi kawasan daerah Sandakan (300 km daripada SK. Kukusan), daerah  Kunak (120 km), daerah Semporna (120 km), daerah Lahad Datu (200km). Di antara media yang digunakan Radio RTM Tawau, lawatan sambil belajar (serampang dua mata), Surat khabar NewSabah Times dan Borneo Post. Kedua-dua surat khabar ini meliputi Sabah dan Sarawak. (Klik sini untk aktiviti penuh). Berikut adalah beberapa aspek utama yang ditekankan oleh Misi Gempur Denggi SK. Kukusan, Tawau, Sabah.


(i) Lawatan Lokasi ... (gambar)
Pelajar  merasai sendiri tentang tahap kesedaran penjagaan kesihatan yang masih rendah (kesedaran bahaya aedes dan denggi) di kawasan-kawasan tertentu. Pelajar mendapati bahawa walaupun bersekolah rendah namun kesedaran mereka tentang hal  tersebut lebih baik. Hal ini menimbulkan semangat untuk membantu menyampaikan mesej tentang ancaman denggi dalam kalangan masyarakat.

(ii) Khidmat bantuan mengesan jentik-jentik ... (gambar)
Khidmat seperti mengukuhkan kefahaman murid tentang situasi sebenar berbanding melalui ceramah sebelum ini. Pelajar berpeluang merasai sendiri tugas pegawai kesihatan dan kaedah yang digunakan untuk mengesan jentik-jentik dan tindakan yang perlu dilakukan untuk mengelakkan pembiakan jentik-jentik. Senarai semak pengesanan jentik-jentik menjadi panduan kepada murid untuk meneliti lokasi-lokasi strategik tempat pembiakan nyamuk aedes. Hal ini bukannya sahaja memberi kefahaman malah mampu mengekalkan kefahaman dalam tempoh yang lama dalam minda para pelajar yang terbabit.

(iii) Penyerahan bantuan racun lingkaran dan semburan nyamuk ... (gambar)
Hal ini menyuburkan semangat dan perasaan gembira apabila dapat membantu masyarakat dalam golongan yang serba kekurangan dan memerlukan.

(iv) Keluar dari konsep belajar dalam bilik darjah ... (gambar)
Pengalaman menyebarkan mesej tentang punca, bahaya, pengenalpastian dan cara mengelakkan penyakit demam denggi memberi cabaran baru berbanding sebelum ini pelajar hanya mendengar dalam ceramah dan lebih kepada situasi sehala. Kaedah keluar daripada keselesaan dalam bilik darjah ternyata memberi kesan yang lebih mendalam dari segi kefahaman, cabaran, empati, dan proses mengingati dengan lebih baik berkaitan isu denggi khususnya.

(v) Bersama komuniti mengadakan gotong royong ... (gambar)
Khidmat masyarakat seperti ini dilakukan di kawasan flat kerajaan, rumah orang-orang tua, merupakan kaedah paling praktikal kearah menerapkan nilai empati dan semangat seronok dan nikmat apabila dapat membantu golongan yang memerlukan khususnya dslsm memeranggi aedes seterusnya mencegah denggi.

(vi) Daya Usaha
Daya usaha murid-murid dalam menjayakan program ‘Dengue Patrol’ pada tahap yang sangat Berjaya. Aktiviti meliputi radian sehingga 300 km daripada kawasan sekolah iaitu sejauh daerah Sandakan, Sabah. Pelajar terlibat sepenuhnya daripada peringkat awal program, iaitu penyediaan tempat pameran, persediaan bergotong royong, mengedarkan rialah, mengedarkan racun penyembur nyamuk, bersama mencari penaja, membuat lawatan lokasi di kawasan kampung yang berpotensi untuk denggi, bersama memantau dan mengesan jentik-jentik, menyediakan model-model nyamuk dan yang berkaitan dengan kempen menghapuskan denggi, menyediakan kostum untuk persembahan dan membuat persembahan berkaitan dengan denggi.


(b) Jangkauan ... (Gambar)
Bilangan pelajar dalam jangkauan meliputi semua pelajar SK. Kukusan daripada pelajar Prasekolah Pendidikan Khas (PPKI) sehinggalah ke tahun 6 iaitu berjumlah 548 orang. Lawatan melibatkan ceramah kepada pelajar luar seramai 60 pelajar tingkatan 6 di SMK. Merotai Besar, Tawau, 200 pelajar si SK. Kebangsaan Bombalai (sekolah kluster). Dalam program gotong royong sahaja, seramai 135 ibu bapa telah terlibat, staf sekolah seramai 65 orang dan 6 orang pegawai kesihatan.Maklumat lebih lanjut dalam laporan aktiviti. Jika mengambilkira aktiviti kempen dan sebaran risalah di lokasi-lokasi luar, jumlah keterlibatan adalah lebih besar termasuk mereka yang sama-sama menandatangani sokongan menghapuskan denggi di jabatan kerajaan dan kampung- kampung yang disasarkan.

(c) Kawasan jangkauan... (Gambar)
Kawasan jangkauan meliputi kawasan dalam sekolah, sehingga 300 km. Di antara kawasan yang terbabit ialah SMK. Merotai Besar (30km dari lokasi sekolah), SK. Merotai Besar (30 km), SK. Kluster Bombalai (17 km), SMK. Abaka Tawau (17 km), Bandar Sandakan (300 km), SK. Sandau Sandakan (250 km), Kampung Icebox (6 km), Eastern Plaza Tawau, (5 km), Kampung Setinggan Bahagia (1 km daripada sekolah).

(d) Pemaparan alat bahan bantu Dengue Patrol
(Pemaparan alat bahan bantu yang dibekalkan oleh Sanofi)

(i)  Gelang Getah: Di gunakan oleh pelajar dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan termasuk sebagai ‘picture profile’ dalam akaun ‘facebook’ dan ‘twitter’. ...(gambar)
(ii) Risalah ‘Misi Gempur’: Menjadi pengenalan utama dalam setiap kali aktiviti pertemuan promosi dengan pegawai yang terbabit (Jabatan kerajaan atau swasta) dan sebaran dalam kalangan komuniti di tempat awam seperti kompleks membeli belah, pasar dan kampung. (Rujuk gambar aktiviti) ... (gambar)

(iii) Banner ‘Misi Gempur’ : Menjadi penanda rasmi setiap kali aktiviti lawatan dan keterlibatan dengan pihak yang terbabit dan merupakan acara kemuncak serta penutup selepas setiap kali sesuatu aktiviti dilaksanakan... (gambar)
(iv) Maklumat tentang program ‘Dengue Patrol’ : Maklumat berkaitan Program ‘Dengue Patrol’ menjadi bahan rujukan bagi penerangan dalam aktiviti di samping sumber tambahan dalam menyalurkan bahan untuk pembangunan laman web rasmi Program ‘Dengue Patrol’...(link)

(Pemaparan alat bahan bantu sendiri)
Pemaparan alat bahan bantu diletakkan di lokasi yang strategik agar dapat dilihat setiap masa oleh warga sekolah dan komuniti. Bahan pameran maklumat dibina dalam tempat yang paling strategic berhampiran tempat ibu bapa menunggu anak mereka balik daripada sekolah, kawasan beratap, teduh dan kondusif). Kedudukannya juga adalah berada di tempat yang awal pelawat akan lalui sebelum masuk dalam kawasan sekolah. Pameran lain termasuk replika nyamuk, carta putaran hayat nyamuk, carta cara jangkitan dan sebagainya. Tapak pameran adalah berstatus kekal. ... (gambar)

(Pemaparan visual yang jelas)
Pemaparan visual yang jelas adalah menjadi keutamaan kerana hal tersebut antara penyumbang utama dalam mempastikan mesej dapat diterima dengan baik. Gambar-gambar pameran adalah menarik dan dalam warna yang terang. Keadaan ini dapat dilihat melalui pembinaan blog rasmi Program ‘Dengue Patrol’ (http://www.killdenggi.blogspot.com). Keceriaan blog tersebut dengan visual yang jelas dan terkini mampu menarik pelawat yang ramai walaupun blog dibangunkan pada 9 Oktober 2015. Jumlah ‘page view’ setakat 7 November 2015 ialah 2625, dan jumlah pengunjung dari pelbagai negara seramai 253


(e) Laporan ( klik sini)
(Kandungan Laporan)

Kandungan laporan asas (klik untuk rujukan) meliputi maklumat asas iaitu nama projek/program, objektif, tanggungjawab, tarikh, masa, hari, anggaran kos, sumber, ringkasan program dan gambar.
(Kualiti gambar)

Kamera rasmi digunakan ialah Nikon D7000. Gambar yang dipilih untuk dipamerkan dalam ruang pameran di pilih dengan mengutamakan warna yang terang, mesej yang ringkas tetapi jelas, gambar yang terang menimbulkan perasaan ‘alert’ kepada komuniti tentang ancaman denggi. Video aktiviti yang diambil dipilih daripada hampir 40 namun hanya lebih kurang 50% sahaja yang dipilih. Video (HandyCam Panasonic) yang dimuat naik dalam blog dipilih berdasarkan visual yang jelas, ringkas, menghiburkan tetapi dapat menimbulkan keadaan ‘alert’ kepada penonton dan mengambil kira sasaran iaitu menseimbangkan antara keperluan golongan kanak-kanak (kartun) dan maklumat terperinci (dewasa) agar blog dan facebook yang dipaparkan memberi manfaat dan menarik minat semua golongan masyarakat.

Post a Comment

 
Copyright © 2013 .
Share on . Powered byBlogger